‘Malam indah buat Liverpool’ - Utusan Malaysia

‘Malam indah buat Liverpool’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH 14 Mac – Jurgen Klopp menghamburkan pujian terhadap persembahan yang dipamerkan Liverpool setelah menyifatkan pertembungan menentang Bayern Munich yang menyaksikan skuad bim­bingannya meraih kemenangan 3-1 untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara sebagai salah satu aksi di laman lawan yang cukup hebat.

Dua gol daripada Sadio Mane, termasuk satu lagi tandukan yang disempurnakan Virgil van Dijk memastikan kelab Liga Perdana Inggeris memiliki empat wakil ke peringkat lapan terbaik buat kali pertama sejak 2008 dan Liverpool sudah pasti yakin bahawa mereka mampu memenangi pertan­dingan itu selepas persembahan yang dipamerkan, hari ini.

Bayern secara konsisten mara ke separuh akhir sejak sedekad lalu, tetapi Liverpool berjaya mengatasi krisis di awal permainan apabila kehilangan kapten, Jordan Henderson dengan mempamerkan aksi dominan di Jerman dan mereka tidak mudah dilambung pujian dengan kemenangan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Klopp amat teruja dengan kematangan dan kualiti yang dipamerkan pasukannya. Dengan gaya permainan yang dipersembahkan, Liverpool membuktikan mereka berhak menjadi calon untuk ke perlawanan akhir di Madrid, 1 Jun ini.

“Dalam perlawanan sebegini, anda tidak boleh berehat. Mereka berhak mencatat kemenangan ini. Sangat sukar untuk bermain di laman lawan iaitu di Bayern Munich. Ini satu perlawanan yang besar. Saya amat bangga dengan anak-anak buah saya.

“Jordan Henderson terseliuh buku lalinya. Harap ia tidak terlalu serius. Melakukan pertukaran di awal permainan, bukanlah satu cara yang baik. Gol pertama, saya mahu saksikan kembali sebanyak 1,000 kali! Benteng pertahanan juga sangat bagus.

“Kami tidak bertahan seperti selalu yang kami lakukan dalam aksi di laman lawan sewaktu Liga Juara-Juara, tetapi kami berjaya melaksanakan dengan baik. Jika Barcelona, Real Madrid datang ke sini (Allianz Arena), mereka tahu bertapa sukar untuk menang,” kata pengurus Liverpool, Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini