KUALA LUMPUR 29 Mac – Orang ramai khususnya penduduk di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Jelebu berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah melalui Kempen Jom Bayar Cukai Taksiran 2019 pada Sabtu ini. Majlis Daerah Jelebu dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, kempen yang akan diadakan di Rumah Kedai Mawar, Titi itu bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari. “Diharap orang ramai dapat datang untuk menjelaskan cukai pada hari Sabtu…










