KUALA LUMPUR 10 Mac – Pendekatan kerajaan untuk membenarkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah dilihat seolah-olah cuba mengulangi kesilapan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum ini. Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia, Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, PPSMI telah disahkan program yang salah dari segi dasar, matlamat dan pelaksanaannya malah beberapa kajian termasuk oleh Kementerian Pendidikan sendiri telah mengesahkan kegagalan PPSMI. “Kementerian…










