PUTRAJAYA – Hampir lima tahun selepas kematiannya, Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan mendiang Karpal Singh daripada pertuduhan hasutan kerana didakwa mempersoalkan tindakan Almarhum Sultan Perak berkaitan krisis negeri Perak. Panel tujuh anggota diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim memutuskan bahawa terdapat salah arah dalam undang-undang yang serius oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan oleh sebab kedua-dua mahkamah gagal untuk menilai pembelaan bekas pengerusi DAP kebangsaan (Karpal Singh) itu.…










