DI Malaysia, apabila ada sahaja sesuatu isu, memang lazim ada yang akan mencadangkan tingkatkan hukuman, bahkan lebih gah lagi mereka mencadangkan sebuah akta baharu perlu digubal. Bukan sahaja Malaysia baharu, sebelum ini pun sama. Berlumba-lumba melontarkan idea berkenaan dan akibatnya Malaysia memang banyak akta. Dalam isu hina agama yang kembali menjadi perhatian sejak lebih seminggu lalu juga tidak terkecuali, ada akta baru katanya akan diperkenalkan. Sedangkan kesalahan menghina agama telah lama wujud dalam Kanun Keseksaan dengan apa sahaja agama tidak boleh dihina di Malaysia, apatah lagi Islam sebagai agama Persekutuan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya