Luqman mahu lompat lebih jauh - Utusan Malaysia

Luqman mahu lompat lebih jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Atlet lompat jauh negara, Luqman Hakim Mohd. Ramlan percaya penyertaan jaguh antarabangsa dalam Kejohanan Olahraga Grand Prix (Gp) Terbuka Malaysia, hujung minggu ini mampu membakar semangatnya memburu keputusan positif.

Antara nama besar bakal memberikan saingan kepada Luqman Hakim dalam kejohanan pada 30 hingga 31 Mac ini di Stadium Nasional Bukit Jalil ialah Eunjae Joo dari Korea Selatan serta jaguh Indonesia Sapwaturrahman Sanapiah.

Ketika ini catatan terbaik dimiliki Eunjae Joo ialah 8.06 meter (m) dan Sapwaturrahman 8.09m manakala Luqman Hakim memiliki catatan terbaik 7.82m.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Luqman Hakim, dia akan memanfaatkan aksi GP Terbuka Malaysia dengan sebaiknya berikutan sedar bukan mudah dapat bersaing dengan jaguh-jaguh dunia.

“Selepas mengetahui ada nama-nama besar menyertai acara saya ia membuatkan saya lebih bersemangat mendapatkan keputusan lebih baik.

“Kebiasaannya apabila bersaing dengan atlet hebat ia pasti berlangsung sengit malah saya juga tidak mahu memberikan laluan mudah kepada mereka.

“Dalam masa sama saya juga mahu mendapatkan keputusan cemerlang kerana ingin terpilih ke Kejohanan Olahraga Asia,” kata Luqman Hakim.

Selain Luqman atlet lompat jauh negara yang turut memberikan saingan dalam kejohanan tersebut Abdul Latif Romly (7.85m), Andre Anuar (7.56m) dan Muhd. Nazri Mustafa (7.54m).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini