JAKARTA 8 Mac – Beberapa wilayah di negara ini dikesan ‘masih membimbangkan’ dari segi sokongan terhadap gandingan Joko Widodo atau Jokowi dan Ma’ruf Amin menjelang pilihan raya Presiden (Pilpres) bulan depan. Bukan hanya soal pengundi malah beberapa daerah dilihat sebagai ‘lubuk’ berita palsu untuk melemahkan gandingan tersebut dalam Pilpres nanti. Ketua Gerakan Indonesia Jokowi (Gijow), Ates berkata, beberapa wilayah di Jawa Barat menjadi keutamaan pihaknya untuk menangkis serangan kempen hitam.…










