KUALA LUMPUR – Sempena Hari Wanita Antarabangsa, platform e-dagang terkemuka, Shopee dengan kerjasama L’Oreal (L’Oreal x Shopee) melancarkan kempen Super Brand Day selama tujuh hari bermula hari ini hingga 10 Mac depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Shopee, Chris Feng berkata, kempen yang bertemakan Women’s Day, Live Your Beauty itu bertujuan untuk meraikan para pelanggan wanita dan rakan jenama produk kosmetik dibawah L’Oreal.
Menurutnya, menerusi kempen tersebut, pengguna akan menikmati tawaran eksklusif daripada empat jenama utama L’Oreal iaitu L’Oreal Paris, Maybelline New York, NYX Professional Makeup dan Garnier.
“Maybelline New York juga turut melancarkan Empowered Box edisi terhad yang mengandungi gincu Super Stay Matte Ink serta penanggal mekap bibir dan mata Maybelline.
“Shopee berbangga menyokong usaha L’Oreal untuk meraikan wanita dan kecantikan untuk semua serta yakin kempen ini akan berjaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tambah Chris, pengguna Shopee juga berpeluang memenangi jumlah syiling Shopee bernilai RM500,000 dengan menyertai permainan Beauty Ninja.
Ujarnya, kesemua produk dan promosi boleh didapati di kedai rasmi L’Oreal di Shopee Mall yang turut disertakan dengan pemulangan percuma, jaminan ketulenan dan penghantaran percuma.
Layari www.shopee.com.my dan muat turun aplikasi Shopee untuk maklumat lanjut berkaitan kempen serta promosi terkini. – K! ONLINE










