LONDON 29 Mac – Barcelona sedia melepaskan bintang tengah Brazil, Philippe Coutinho, namun Liverpool tidak berminat mendapatkan semula khidmat bekas pemain mereka itu. Coutinho meninggalkan Anfield untuk menyertai Barcelona pada Januari 2018 menerusi rekod perpindahan 142 juta pound (RM757.75 juta), namun dia masih bergelut untuk menyesuaikan diri bersama gergasi bola sepak Sepanyol itu. Perkembangan tersebut menyebabkan Barca cuba meyakinkan musuh ketat Liverpool, Manchester United untuk mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu. Begitupun sebagai pertukaran, Barcelona mahu membeli penyerang England, Marcus Rashford sebagai sebahagian daripada perjanjian. Bagaimanapun, pelantikan Ole Gunnar Solskjaer…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya