MARAN 31 Mac – Lima sekeluarga maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Batu 13 Jalan Kuantan-Temerloh di sini hari ini. Difahamkan, mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 2.48 petang itu adalah dua warga emas, seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, Shamsul Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu dan…










