TEHERAN 4 Mac – Sebuah helikopter perkhidmatan perubatan terhempas di barat daya Iran hari ini, menyebabkan kesemua lima penumpang termasuk juruterbang terbunuh.
Memuatkan artikel berkaitan…
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Iran, Pir Hossein Koolivand berkata, seorang wanita mengandung merupakan antara mangsa yang terkorban dalam nahas tersebut.
Bagaimanapun, punca nahas masih belum dikenal pasti. – AFP











