Lihat mesej, bukan jumlah peserta - Mujahid - Utusan Malaysia

Lihat mesej, bukan jumlah peserta – Mujahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JITRA – Orang ramai sepatutnya melihat mesej yang cuba disampaikan pada Himpunan Solidariti Kedamaian yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam dan bukannya menilai pada jumlah atau ‘nombor’ peserta yang hadir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, walaupun ramai yang menganggap himpunan tersebut tidak mendapat sambutan, namun beliau tetap berpuas hati dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Ramai tak ramai itu benda subjektif yang boleh didebatkan. Walaupun tidak ramai yang turun, jumlah orang yang menonton secara siaran langsung di laman media sosial kita mencapai ratusan ribu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau daripada aspek penyampaian (mesej) sampai atau tidak, kita tidak boleh terus nilai sebab himpunan itu baru sahaja dibuat semalam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Rahmah Masjid di Masjid Al-Fateh dekat sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai jumlah kehadiran peserta yang dikatakan sangat kecil pada Himpunan Solidariti Kedamaian yang berlangsung di Dataran Merdeka semalam, yang menjadi tular di laman sosial. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini