ATHENS 22 Mac – Satu letupan bom tangan dilaporkan berlaku di luar bangunan konsulat Rusia di sini hari ini.
Menurut pihak berkuasa Greece, insiden itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan dan dipercayai dilakukan oleh kumpulan berhaluan kiri tempatan.
Ketika kejadian, premis berkenaan masih belum dibuka dan pasukan polis dikerah ke lokasi insiden bagi memantau keselamatan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











