Lelaki Sweden mati ketika bercuti - Utusan Malaysia

Lelaki Sweden mati ketika bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang pelancong lelaki warga Sweden mati selepas mengadu sesak nafas ketika berada di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Tanjung Bunga di sini hari ini.

Warga emas berkenaan, Alex Anders Bjakvall, 72, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini kira-kira pukul 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pihak polis yang melakukan siasatan lanjut bagaimanapun tidak menemui unsur jenayah dalam kejadian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika berada di dalam bilik hotel, isteri lelaki tersebut telah menghubungi pihak hotel untuk memanggil ambulan apabila suaminya mengadu sesak nafas.

“Pasangan itu telah mendaftar masuk di bilik penginapan berkenaan bermula 15 Mac lalu sehingga 29 Mac ini,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Difahamkan pasangan berkenaan menginap di bilik itu bagi tujuan melancong di sekitar Batu Feringghi dan bandar raya ini.

Sementara itu, Che Zaimani berkata, hasil bedah siasat di HPP mendapati dia mati akibat masalah paru-paru dan jantung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini