Lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh di Kulim - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh di Kulim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 1 Mac – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh yang berpunca daripada satu pergaduhan di sebuah restoran di Kulim dekat sini, awal pagi ini.

MIOR FARIDALATHRASH WAHID
MIOR FARIDALATHRASH WAHID 

Kejadian pukul 1.30 pagi itu membabitkan dua orang rakan yang sedang minum minuman keras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mereka kemudian berselisih faham dan bergaduh yang mengakibatkan kedua-duanya, masing-masing berusia 30 dan 41 tahun itu, mengalami kecederaan parah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ketika ditemui pasukan polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian mendapati kedua-dua mereka terbaring di bahu jalan.

“Kita telah menghantar kedua-duanya ke Hospital Kulim tetapi lelaki berusia 30 tahun itu telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Polis turut merampas sebuah topi keledar yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata beliau, lelaki berusia 41 tahun itu telah ditahan reman sehingga 7 Mac ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN