KUALA LUMPUR 14 Mac – Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh rakannya sendiri pada April 2013. Tertuduh B. Ruban, 31, yang berbaju berbaju hitam kelihatan tenang ketika mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak. Dalam penghakimannya, Sofian berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. “Mahkamah mendapati keterangan diberikan saksi pendakwaan SP5, S. Sathiamoorthi lebih…










