MARANG 7 Mac – Lebih 3,000 orang ahli serta penyokong Pas menghadiri program Munajat dan Solat Hajat Perdana Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Rusila di sini sebentar tadi. Program anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu itu bertujuan memohon pertolongan daripada Allah bagi menghadapi cabaran fitnah dan serangan yang bersilih ganti terhadap parti itu termasuk dalam isu menerima wang sebanyak RM90 juta daripada UMNO. Solat hajat itu diimamkan oleh Presiden Pas,…










