Lapangan terbang Dunedin dibuka semula - Utusan Malaysia

Lapangan terbang Dunedin dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH 18 Mac – Polis New Zealand membuka semula lapangan terbang Dunedin selepas penemuan satu bungkusan misteri sehingga mencetuskan kebimbangan keselamatan.

New Zealand kini berdepan dengan detik sukar susulan insiden pembunuhan beramai-ramai melibatkan umat Islam di dua buah masjid di sini pada Jumaat lalu.

Beberapa jalan yang menghubungkan lapangan terbang tersebut ditutup buat sementara waktu serta pesawat Air New Zealand penerbangan 691 diarahkan berpatah balik ke Wellington selepas bungkusan misteri itu ditemukan di premis berkenaan. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini