Lanjut pinjaman perumahan hanya tambahkan beban - Utusan Malaysia

Lanjut pinjaman perumahan hanya tambahkan beban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac- Cadangan supaya tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan daripada 35 tahun ketika ini ke 40 tahun dilihat hanya akan meningkatkan beban kepada pembeli rumah.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, sekiranya tempoh pinjaman itu dipanjangkan sehingga 40 tahun, ia dibimbangi akan menimbulkan banyak masalah kepada pembeli rumah terutama ketika meniti tahun ‘senja’ mereka.

“Kebanyakan daripada mereka akan menggunakan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Malaysia (KWSP) untuk melangsaikan baki hutang yang akhirnya menyebabkan dana persaraan mereka berkurangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun pembeli rumah akan membayar jumlah yang lebih rendah bagi ansuran bulanan untuk pinjaman selama 40 tahun berbanding pinjaman selama 35 tahun, akhirnya mereka akan membayar lebih banyak kepada bank untuk tempoh yang lebih lama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Dominic lagi, isu asas perumahan ketika ini adalah berlakunya perbezaan di antara harga dan gaji di mana pendapatan pada dasarnya yang tidak berkembang untuk mengekalkan kenaikan kos sara hidup.

“Itulah tanggungjawab kerajaan untuk meringankan beban rakyat dengan mengurangkan harga rumah atau meningkatkan gaji mereka untuk menjana lebih banyak kuasa beli.

“Skim MyDeposit perlu diaktifkan semula kerana ia bertujuan untuk menyediakan platform untuk rakyat Malaysia yang memiliki rumah maksimum dengan deposit maksimum RM 30,000 atau 10 peratus daripada nilai harta yang tidak lebih daripada RM 500,000,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini