Langkah ketika ini seolah-olah sudah darurat bencana - Utusan Malaysia

Langkah ketika ini seolah-olah sudah darurat bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Usul tergempar mememinta pengisytiharan darurat bencana di Pasir Gudang selesai dibahaskan di Dewan Rakyat sebentar tadi tetapi tiada keputusan dibuat sama ada diluluskan atau ditolak.

Keputusan itu dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mengikut Peraturan 18 (1).

Ketika sesi penggulungan, enam kementerian terlibat setelah usul tergempar yang dibentangkan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dibahaskan dan disokong oleh tiga ahli Parlimen daripada blok kerajaan, Pas serta BN.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin yang terakhir menggulung perbahasan usul berkenaan memaklumkan, langkah-langkah yang telah dibuat kerajaan ketika ini sudah seperti langkah dalam keadaan Pasir Gudang diisytiharkan darurat.

“Untuk makluman semua, walaupun tidak lagi berpendapat perlu adanya darurat, kita telah pun menjalankan kerja seolah-olah ada darurat,” katanya.

Sebelum itu, perbahasan usul tersebut trut dijawab Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majlis.

Sementara itu, Mohamed Hanipa yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, usul berkenaan diterima untuk perbahasan tetapi permintaan untuk mengisytihar darurat seperti mana kandungan usul itu telah ditolak kerana tiada permintaan daripada kerajaan negeri.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini