JASIN 10 Mac – Sambutan terhadap kuih tradisional tidak pernah pupus malah semakin mendapat permintaan walaupun menghadapi cabaran dengan kehadiran pelbagai jenis kuih moden. Bagi seorang pengusaha kuih tradisional, Norhayati Matcah, 53, permintaan terhadap kuih tradisional iaitu kuih bakar mendapat sambutan menggalakkan di daerah ini malah tidak menang tangan apabila permintaan dibuat oleh pelanggan dilakukan setiap hari. “Saya menjual kuih ini dengan cara menghantar terus ke pintu rumah pelanggan dalam…










