JAKARTA 10 Mac – Sekurang-kurangnya 17 penumpang cedera selepas Kereta api Elektrik (KRL) Jatinegara-Bogor tergelincir daripada landasan di Kebon Pedes, Kota Bogor, Jawa Barat, hari ini. Naib Presiden Komunikasi Komuter Indonesia (KCI), Eva Viceunisa dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari ini (waktu tempatan) ketika kenderaan itu melepasi Stesen Cilebut dan menghala ke Bogor. Lapor Tribun Kaltim, bagaimanapun kesemua penumpang berjaya dikeluarkan daripada kereta api…










