KPU nafi kewujudan 15j pemilih tidak sah - Utusan Malaysia

KPU nafi kewujudan 15j pemilih tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 6 Mac – Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU), Ilham Saputra menafikan dakwaan wakil Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR), Fahri Hamzah tentang kewujudan 15 juta pemilih tidak sah dalam pemilihan umum (Pemilu) 2019.

Lapor Republika.co.id, Ilham menjelaskan, maklumat daripada Fahri itu perlu disahkan kebenarannya terlebih dahulu.

“KPU telah melibatkan sejumlah pihak dalam proses menyusun data pemilih. Dari mana maklumat yang diterima Fahri Hamzah?

Memuatkan artikel berkaitan…
FAHRI HAMZAH
FAHRI HAMZAH 

“Ahli-ahli mana? Siapa? Tunjukkan ahli-ahlinya. Bawa ke KPU untuk disiasat,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, Ilham memberitahu, KPU telah mela­kukan pemeriksaan data pemilih dengan melibatkan peserta pemilu 2019 dan Badan Pengawasan Pemilihan Umum (Bawaslu).

Katanya, proses tersebut dilakukan secara telus dan terbuka melibatkan pelbagai pihak bagi memastikan kebenaran Daftar Pemilih Tetap (DPT) Pemilu 2019.

“Jika mahu dibuktikan lagi, kita bekerjasama lagi dengan parti-parti terlibat tentang maklumat yang diperoleh,” katanya.

Ilham berpendapat, keraguan Fahri tentang data sembilan juta orang yang lahir pada 1 Julaimungkin berkait rapat dengan kesilapan pemilih yang lupa tarikh lahir mereka.

Sebagai contoh katanya, semasa Pemilu 2014, sejumlah besar pemilih yang lahir pada 1 Julai menulis tarikh lahir mereka menjadi 1-7 sehingga dianggap sebagai 17 Januari.

Fahri terdahulu mendakwa, kira-kira 15 juta data pemilih tidak sah menunjukkan ketirisan dilakukan KPU dalam mengendalikan maklumat DPT bagi Pemilu 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini