PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan kini dalam perancangan untuk memperkenalkan program sekolah tanpa tunai (cashless school) di sekolah-sekolah di negara ini. Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, inisiatif tersebut akan digerakkan melalui usahasama antara kementerian dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Menurutnya, untuk itu, projek rintis program tersebut akan dijalankan terhadap sekolah-sekolah terpilih. “Pihak kementerian mendapat persepakatan dasar yang mana kita akan adakan projek rintis di sekolah yang terpilih. “Sekarang ini memang ada sekolah yang ke arahnya seperti di Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan. Jadi, kini kita hendak kembangkan di sekolah-sekolah lain juga,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya