Kotak hitam pesawat Ethiopian Airlines ditemui - Utusan Malaysia

Kotak hitam pesawat Ethiopian Airlines ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADDIS ABABA 11 Mac – Pasukan penyelamat Ethiopia menemukan kotak hitam dan perakam suara kokpit milik pesawat Ethiopian Airlines, MAX 8 737 yang terhempas dan mengorbankan kesemua 157 penumpangnya, semalam.

BBC yang memetik rangkaian televisyen tempatan melaporkan, sekumpulan pakar sedang menganalisis data daripada alat berkenaan untuk mengesan punca tragedi itu.

Menurut kumpulan pakar itu, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan berhubung kejadian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pesawat Boeing 737-800MAX itu dalam perjalanan dari Addis Ababa ke Nairobi, Kenya sebelum terputus hubungan kira-kira enam minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole, Ethiopia -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini