Korea Utara panggil pulang kakitangan dari pejabat perhubungan - Utusan Malaysia

Korea Utara panggil pulang kakitangan dari pejabat perhubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 22 Mac – Korea Utara memanggil pulang beberapa kakitangannya dari pejabat perhubungan Korea Utara dan Korea Selatan hari ini, beberapa minggu selepas sidang kemuncak antara pemimpin Pyonyang, Kim Jong-un dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berakhir tanpa sebarang persetujuan bersama.

Pejabat yang terletak di bandar Kaesong itu dibuka pada September lalu ketika kedua-dua negara memperbaiki hubungan.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berhubung penarikan semula itu dan ia dibuat berdasarkan ‘arahan dari pihak atasan’. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini