SEOUL 25 Mac – Korea Utara dilaporkan membenarkan beberapa warganya yang merupakan kakitangan di pejabat perhubungan Seoul dan Pyongyang kembali bertugas seperti biasa.
Langkah itu dibuat beberapa hari selepas Pyongyang memanggil balik beberapa petugasnya di pejabat berkenaan.
Menurut satu sumber, kesemua petugas terbabit dibenarkan berkhidmat semula hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pejabat perhubungan itu dibuka pada September lalu sebagai tanda hubungan yang semakin kukuh antara kedua-dua Korea. – AFP











