Kor Ming digesa tarik balik dakwaan - Utusan Malaysia

Kor Ming digesa tarik balik dakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mac – Ke­nyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming bahawa kerjasama UMNO dan Pas jika berjaya memerintah Malaysia akan menjadikan negara seper­ti Afghanistan yang diperintah Taliban, boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di negara ini.

Malah, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Ahmad Yaacob berkata, kenyataan tersebut juga merupakan provokasi yang boleh memberi impak keharmonian pelbagai kaum di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, Kor Ming perlu menarik balik dakwaan beliau yang secara jelas

Memuatkan artikel berkaitan…
RAJA AHMAD
RAJA AHMAD 

memberi gambaran salah terhadap agama Islam.

“Perlu difahami apa yang berlaku di Afganistan di bawah pemerintahan Taliban dulu bukan mewakili Islam. Taliban sendiri adalah merupakan kumpulan yang diwujudkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan menjadi acuan mereka untuk mewujudkan persepsi terhadap Islam.

“Maka adalah tidak wajar Kor Ming cuba menyamakan mana-mana amalan di Malaysia ini dengan Taliban. Umat Islam di Malaysia tanpa mengira fahaman politik menolak fahaman Taliban apatah lagi mengikut fahaman mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kor Ming dalam satu majlis di Taiping, Perak dilaporkan berkata, kerjasama UMNO dan Pas akan menjadikan negara seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan sekaligus memecah belahkan rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini