Komen sederhana dalam portal tidak hadkan kebebasan awam - Utusan Malaysia

Komen sederhana dalam portal tidak hadkan kebebasan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, gesaan agar komen yang sederhana dalam portal bukanlah bermaksud hendak mengehadkan  kebebasan awam.

Beliau berkata, ia lebih kepada untuk mengekalkan kesopanan dan mengelakkan luahan yang akan membawa kepada kenyataan merangsangkan yang mungkin membawa kesan kepada keselamatan negara.

“Kebebasan bersuara bukan bermaksud untuk menggalakkan komen kelucahan, tidak beradab atau seksis. Kita juga tidak patut membiarkan ancaman fizikal atau ancaman kecederaan tubuh badan dalam media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hantaran atau komen seumpama hendaklah dielakkan dan ini boleh dicapai menerusi tapisan sendiri di samping bantuan daripada portal itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gobind juga berpendapat bahawa meminta portal untuk sederhanakan kandungan dalam bahagian  komentari mereka ia bukanlah tidak munasabah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini