Kolar baju istiadat Lip Eng rosak rupanya... - Utusan Malaysia

Kolar baju istiadat Lip Eng rosak rupanya…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng tampil memberi penjelasan mengenai tindakannya yang tidak mengenakan pakaian istiadat khas berwarna putih semasa berlangsungnya Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Ke-14 pagi tadi.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Lip Eng menjelaskan yang kolar baju istiadat miliknya rosak dan tidak sempat dibaiki sebelum bermula istiadat pembukaan tersebut.

Menerusi platfrom media sosialnya pula, Lip Eng turut mengambil inisiatif memuat naik gambar dirinya memakai pakaian istiadat khas dalam sidang Parlimen sebelum ini selain turut menyebut beberapa nama lain yang turut tidak memakai pakaian istiadat hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukannya saya tidak pernah memakai pakaian istiadat. Yang disenaraikan Utusan hanya Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Cheras dari DAP, Tan Kok Wai dan Ahli Parlimen Keningau dari Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

“Yang tidak disenaraikan ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan ramai lagi. Apa niat Utusan?” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Walau bagaimanapun, Lip Eng sebagaimana dilaporkan Malaysiakini menjelaskan tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan berharap perkara itu tidak berulang pada masa hadapan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini