KUALA LUMPUR 31 Mac – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) meningkat satu anak tangga apabila diangkat sebagai lapangan terbang kos rendah ketiga terbaik dunia bagi tahun ini.
Kedudukan itu adalah berdasarkan kajian kumpulan perunding berpangkalan di Britain, Skytrax yang mengkaji mutu perkhidmatan industri penerbangan di seluruh dunia.
Sementara itu, Lapangan Terbang Kansai (Terminal 2) dan Lapangan Terbang Tokyo Narita (Terminal 3) masing-masing berada di kedudukan pertama dan kedua.
Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, bagi kategori 100 Lapangan Terbang Terbaik Dunia dirangkul oleh Lapangan Terbang Changi, Singapura sekali gus turut menyaksikan KLIA berada di kedudukan 54 iaitu jatuh 10 anak tangga berbanding tahun lepas. – UTUSAN ONLINE











