KKSB jadi pengedar tunggal pokok guarana - Utusan Malaysia

KKSB jadi pengedar tunggal pokok guarana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Koperasi Komuniti Selatan Berhad (KKSB) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Ritz Guarana Plantation Berhad (Ritz) untuk menjadi pengedar tunggal biji benih dan anak pokok guarana di seluruh Johor.

MoU itu antara lain menyatakan KKSB telah membeli sebanyak 12 tan biji benih pokok herba tersebut bernilai RM60 juta sekali gus memberikan hak kepada KKSB untuk menjadi tapak serta pengedar benih semaian.

Pengurus Besar KKSB, Andrew Ling berkata, benih pokok itu dipilih kerana ia merupakan tanaman kontan alternatif yang mampu menjana keuntungan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, antara kandungan MoU tersebut ialah Ritz membekal dan menjual baja yang sesuai untuk guarana dan menyediakan khidmat nasihat menanam pokok tersebut. Ritz juga akan membeli semula buah itu selain KKSB dilarang menghasilkan biji benih sendiri tanpa kebenaran.

“Ia bertujuan menaikkan ekonomi ahli KKSB melalui pertanian. Guarana memiliki potensi untuk abad ke depan dan membantu pertumbuhan ekonomi negara,” kata kenyataan itu.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Ritz, Datuk Seri Zakwan Hafiz Ahmad Ansari. 

Tambah kenyataan itu, pada masa sama, tindakan itu mampu membantu petani-petani untuk memperoleh pendapatan yang lebih berpotensi menjana keuntungan tinggi.

Biji buah guarana yang diproses didakwa boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh dan ia mempunyai dua kali lebih kafein daripada biji kopi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini