SUNGAI PETANI 10 Mac – Kelab Ketuanan Melayu Kedah (KKMK) membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana bersikap biadab apabila menimbulkan isu menyakitkan hati orang Melayu berhubung kerjasama UMNO dan Pas. Setiausahanya, Faridah Tajalis berkata, sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara diminta tidak membisu atau memandang remeh isu tersebut. “KKMK membuat laporan setelah melihat tindakannya itu berbaur hasutan dan dibuat secara tidak bertanggungjawab.…










