PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan kajian di dalam usaha mengurangkan kos rawatan kanser di bawah hospital swasta, kata Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, perkara itu membabitkan daripada segi pindaan kawalan ubat-ubatan bagi menentukan harga rawatan yang ditetapkan selama ini.
“Usaha ini dilakukan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan agensi-agensi lain bagi melihat harga dan kawalan ubat dalam rawatan kanser.
“Namun bagi kami masa dalam soal ini, tetapi daripada segi rawatan di bawah fasiliti Kementerian Kesihatan, tidak mempunyai masalah daripada sudut kos kerana segalanya dikawal pihak kementerian,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan program Larian Hari Kanser Sedunia di Institut Kanser Negara di sini hari ini.
Dalam pada itu, Dzulkefly menggesa semua rakyat Malaysia tanpa mengira lapisan umur untuk menjalani ujian saringan kanser sejak peringkat awal. – Bernama











