SUASANA dalam bilik operasi MM Synergy Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan bantuan keselamatan 24 jam awal pagi itu tenang seperti biasa. Dari jauh, kelibat lebih 20 orang pekerja yang bertugas di bahagian pusat panggilan kecemasan dan unit tindakan sedang duduk melakukan tugasan masing-masing. Sedang leka mendengar penerangan ringkas daripada penyelia di bahagian unit tindakan, kami dikejutkan dengan bunyi siren kecemasan yang bergema kuat di dalam bilik tersebut.…










