KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan sebanyak 204 kes demam denggi dari 1 Januari hingga 2 Mac tahun ini, peningkatan sebanyak 628.6 peratus berbanding 28 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohd. Jusoh berkata, daerah Kuala Terengganu mencatatkan bilangan kes tertinggi sebanyak 114 kes diikuti Kuala Nerus (27 kes), Dungun (21 kes), Marang (19 kes), Besut (12 kes), Kemaman (lima kes) dan masing-masing…










