Kerjasama UMNO-Pas: Bukan inisiatif ‘syok sendiri’ - Utusan Malaysia

Kerjasama UMNO-Pas: Bukan inisiatif ‘syok sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mac – Kesepakatan politik antara UMNO dan Pas disifatkan bukan insiatif ‘syok sendiri’ mahupun tindakan rasis untuk mengenepikan kepentingan kaum lain.

Pengerusi Sekretariat Tunas Muda Pemuda UMNO, Fairuz Jamaludin berkata, kesepakatan itu merupakan suatu ikhtiar kaum majoriti negara ini yang merasakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) cuba menafikan hak orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, gerakan penyatuan ummah itu juga telah dicetuskan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) oleh pemimpin UMNO dan Pas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas Fairuz, selepas 10 bulan PRU-14, kesepakatan itu semakin diterima oleh penyokong akar umbi malah banyak program dilaksanakan antara ahli UMNO dan Pas.

Oleh itu, katanya, penyatuan ummah akan menjadi kenyataan dengan penyertaan ahli akar umbi secara organik dan istiqamah.

“Program Sehari Bersama UMNO Ledang yang diadakan di Kompleks Sukan Tok Laji di Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati di sini, semalam merupakan manifestasi kepada terjemahan penyatuan ummah.

“Upacara penutup program itu disempurnakan Timbalan Presiden UMNO yang memangku tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hassan dengan dihadiri oleh kepemimpinan UMNO Johor diketuai oleh Datuk Hasni Mohammad,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Fairuz, beberapa aktiviti turut diadakan seperti sukan rakyat dan pertandingan memasak yang dianjurkan kepemimpinan UMNO Bahagian Ledang diketuai Dr. Ir. Hamim Samuri.

Tambahnya, pengerusi program tersebut, Datuk Rahim Talib dan pengarahnya, Azman Ali berjaya menarik penyertaan lebih 1,200 ahli UMNO di peringkat akar umbi.

“Pada sebelah malamnya pula, ceramah perdana yang disampaikan penceramah bebas, Datuk Kazim Elias dihadiri lebih 2,500 orang terutama ahli UMNO dan Pas dari peringkat akar umbi mendengar ceramah tersebut.

“Ini secara tidak langsung merupakan kesan positif daripada inisiatif penyatuan ummah yang semakin diterima masyarakat Islam,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini