ABU DHABI 27 Mac- Arab Saudi dan 10 negara lain julung kali bersetuju untuk bekerjasama dalam program penerokaan nasional (SSC) untuk mencapai matlamat membina agensi angkasa lepas Arab pada masa akan datang. Menurut Arab News, persetujuan itu ditandatangani kesemua negara terlibat sempena Kongres Angkasa Lepas Global di sini, minggu lalu. Proses SSC akan berjalan selama 15 tahun dan dibentang kepada majlis jemaah menteri Arab Saudi akhir tahun ini, merangkumi kerja-kerja…










