KUALA LUMPUR – Kerajaan tegas dengan pendirian bahawa amalan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak diterima sama sekali di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata kerajaan tidak mengktiraf sesuatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang. “Saya amat terkejut dengan tindakan segelintir pihak pada hari ini yang menyalahgunakan ruang demokrasi untuk mempertahankan perkara (LGBT) yang salah di sisi agama Islam. “Mana mungkin kita…










