PUTRAJAYA 28 Mac – Kerajaan memperuntukkan RM2.3 juta pada tahun ini untuk membina enam telaga tiub di Terengganu, Pahang, Selangor dan Sabah bagi mengepam air ke kawasan tanah gambut yang berperanan sebagai sumber bekalan air ketika kerja-kerja pemadaman api semasa kebakaran. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah diberi peranan dan tanggungjawab dalam mencari sumber air bawah tanah dan membangunkan telaga…










