Kerajaan perkenal semula aliran kerja atasi karenah birokrasi - Utusan Malaysia

Kerajaan perkenal semula aliran kerja atasi karenah birokrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Kerajaan akan memperkenalkan semula sistem lama yang merangkumi prosedur manual, fail meja dan carta aliran tugas kepada penjawat awam bagi menangani isu karenah birokrasi, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata, ia membolehkan seseorang penjawat awam tahu apa yang perlu dibuat apabila terdapat permintaan untuk melaksanakan sesuatu prosedur kerja tanpa melalui proses birokrasi yang rumit.

Katanya, beliau telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Ismail Bakar untuk memperkenalkan balik sistem lama itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau tidak tahu buat tugas, perlu tanya kepada orang lain, dan ini akan melambatkan proses.

Kalau ada carta aliran tugas, penjawat awam boleh laksanakan tugas dan serahkan tugas selanjutnya kepada orang lain.

“Apabila sampai ke pegawai tertinggi, perkara itu akan disemak sama ada dilakukan dengan betul sebelum meluluskan permintaan, dan ini boleh meningkatkan perkhidmatan birokasi,” katanya dalam sesi soal jawab selepas melancarkan Perhimpunan Perdana Bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Universiti Putra Malaysia di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini