Kerajaan kotakan janji salur BSH bujang B40 minggu ini - Utusan Malaysia

Kerajaan kotakan janji salur BSH bujang B40 minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 29 Mac – Kerajaan telah mengotakan komitmennya dengan membuat pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM100 untuk bujang golongan berpendapatan rendah (B40) pada minggu ini yang disalurkan kepada tiga juta penerima dengan melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM300 juta.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan pada Februari lalu mengumumkan bantuan itu akan dibuat pada hujung bulan ini sejajar keprihatinan terhadap tekanan kos sara hidup rakyat masa kini.

“Malah pada 28 Januari lalu, kerajaan turut membuat bayaran BSH fasa pertama sebanyak RM300 kepada 4.1 juta isi rumah dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion iaitu sebagai satu langkah memenuhi janji kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kementerian Kewangan di samping itu juga memperuntukkan sebanyak RM120 juta untuk Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) kepada 1.2 juta pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan daripada setiap mereka menerima RM100 dan disalurkan melalui Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat. Bayaran ini disalurkan secara berperingkat bermula semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Guan Eng lagi, pihak kerajaan akan terus memberi perhatian kepada isu kos sara hidup terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan bantuan disalurkan untuk rakyat yang benar-benar memerlukannya.

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800882747 serta e-mel ke [email protected],” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini