Kerajaan digesa kukuhkan pengawasan media sosial - Utusan Malaysia

Kerajaan digesa kukuhkan pengawasan media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mac – Kerajaan perlu bekerjasama de­ngan negara-negara lain bagi memantau serta menangani keganasan dan ekstremisme di negara ini terutamanya dari segi eksploitasi media sosial oleh pengganas.

LEE LAM THYE

Ahli Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu penting kerana eks­tremis turut menggunakan internet dan media sosial untuk mempengaruhi dan merekrut orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Oleh itu, katanya, kerajaan perlu mengukuhkan lagi sistem pengawasan internet dan media sosial agar dapat mengenal pasti pihak yang menyalahgunakan platform tersebut untuk mengalakkan keganasan dan ekstremisme.

“Lebih banyak program perlu dilaksanakan melibatkan semua lapisan masya­rakat de­ngan lebih berkesan. Usaha tersebut dapat memenangi hati dan minda orang ramai yang mudah dipengaruhi dan tertarik ke arah keganasan dan ekstremisme,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai kejadian serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch, New Zealand kelmarin yang mana serangan berdarah di Masjid al Noor, Christchurch telah distrim secara langsung oleh penyerang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini