Kerajaan bantu urus pengebumian Mohd. Haziq - Utusan Malaysia

Kerajaan bantu urus pengebumian Mohd. Haziq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Kemenenterian Luar mengesahkan remaja Malaysia Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi, 17 yang hilang sejurus kejadian serangan bersenjata seorang pelampau kulit putih ketika sembahyang Jumaat di masjid di Chirstchurch telah meninggal dunia.

Kenyataan Kementerian Luar Malaysia
Kenyataan Kementerian Luar Malaysia 

Dalam satu kenyataan, Kementerian berkata, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand akan memberi bantuan kepada keluarga untuk proses pengebumian.

“Kerajaan Malaysia dengan sepenuh hati mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa akan pergi ke  Chirstchurch sebagai wakil kerajaan untuk memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian tragis tersebut,” kata kenyataan yang dikeluarkan pagi ini.

Dalam kejadiaan Jumaat lepas bapa Mohd. Haziq, Mohd. Tarmizi Shuib, 46 turut cedera. Rakyat Malaysia lain yang cedera dalam insiden itu ialah Muhammad Nazril Hisham Omar, 46, dan Rahimi Ahmad, 39.

Dalam kejadian yang mengemparkan dunia itu kira-kira 50 orang maut selepas ditembak oleh pelampau kulit putih, Brenton Tarrant, 28 tahun.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini