PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2018 akan diumumkan pada 14 Mac ini. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari yang sama. “Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka berdaftar untuk menduduki peperiksaan,” katanya di sini hari ini. Kenyataan itu berkata, calon SPM juga boleh menggunakan perkhidmatan…










