Kempen Rabu Putih 17 April - Utusan Malaysia

Kempen Rabu Putih 17 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 28 Ma. – Pasangan calon Presiden dan Naib Presiden Indonesia nombor satu, Joko Widodo (Jokowi) dan Ma’ruf Amin sepakat untuk menggerakkan rancangan ‘Rabu Putih’ semasa hari pengundian 17 April ini.

Detik News melaporkan, Ma’ruf berkata, rancangan tersebut sudah dimaklumkan Jokowi dan beliau bersetuju bahawa pada 17 April adalah hari baju putih dan memilih pasangan berbaju putih.

Katanya, penyokong diminta memilih pasangan berbaju putih dalam kertas undi mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi putih adalah kita, sebab itu memilih latar putih dengan memakai baju putih,” katanya di Temanggung, Jawa Tengah semalam.

Sementara itu, Ketua Umum Gerakan Pemuda (GP) Ansor, Yaqut Cholil Qoumas membe­ritahu, pihaknya akan melakukan gerakan ‘Rabu Putih’ kepada semua ahlinya pada hari pengundian nanti.

“Gerakan ini kerana keprihatinan kita dengan banyak timbul berita palsu dan tidak betul di­samping ucapan kebencian.

“Kita melihat ucapan-ucapan kebencian itu telah mula memecah-belahkan masyarakat,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Jokowi berjanji untuk membangunakan infrastruktur kereta api di Banjarmasin, Kalimantan Selatan seperti diidamkan warga di situ selain jalan raya baharu antara Batulicin dan Banjarbaru.

“Permulaannya, kita akan melakukan kajian lapangan dan kemudian jika dapat akan di­mulakan kerja dengan segera, insyaAllah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini