LONDON – Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mengesahkan bahawa pasukan Ducati tidak melanggar sebarang peraturan mengenai inovasi pasukan tersebut pada peranti aerodinamik pada empat jentera Desmosedici GP19 ketika perlumbaan pembukaan MotoGP di Grand Prix (GP) Qatar pada 10 Mac lalu. Ekoran keputusan tersebut, kemenangan pelumba mereka, Andrea Dovizioso sah menjadi milik mereka dan Ducati juga akan meneruskan penggunaan peranti aerodinamik baharu itu pada perlumbaan GP Argentina hujung minggu ini. Pengurus Besar…









