Kembar empat cemerlang SPM - Utusan Malaysia

Kembar empat cemerlang SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 14 Mac – Tidak ramai yang bertuah seper­ti Syed Nurshadir Syed Ibrahim dan isteri, Saidatul Nazura. Selepas dikurniakan anak kembar empat yang jarang-jarang berlaku, hari ini kesemua kembar itu mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sharifah Nazira Syed Nurshadir; Syed Nazrin; Syed Nadzmi dan Sharifah Nadira masing-masing mendapat 5A, 8A, 3A serta 7A.

Sharifah Nazira, Syed Nadzmi dan Sharifah Nadira bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di sini, manakala Syed Nazrin pula bersekolah di Sekolah Menengah Datuk Abdul Razak Seremban.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Sharifah Nazira, kejayaan dia dan adik-adiknya adalah hasil kerjasama, yang mana mereka sentiasa belajar secara bersama-sama dan saling membantu antara satu sama lain.

‘‘Apa yang penting kami semua fokus untuk berjaya di dalam pelajaran dengan cara bantu-membantu satu sama lain.

‘‘Walaupun ada masanya kami belajar bersendirian, apa yang penting semangat bantu-membantu tetap jadi keutamaan kami adik-beradik,’’ katanya ketika ditemui di SMK Seksyen 9 hari ini.

Sementara itu, Syed Nazrin yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang ekonomi berkata, dia dan adik-beradik kembarnya merasa puas kerana dapat menghadiahkan keputusan SPM yang baik kepada ke­dua-dua ibu bapa mereka.

‘‘Walaupun kembar tetapi kami mempunyai cita-cita berlainan. Sharifah Nazira ingin berjaya dalam bidang kesenian dan fesyen, Sharifah Nadira ingin menceburi bidang komunikasi dan multimedia dan Syed Nadzmi ingin menjadi arkitek,’’ katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini