KASHMIR 6 Mac – Sebuah sekolah agama yang didakwa dikendalikan oleh kumpulan pemisah Jaish-e-Mohammad di timur laut Pakistan dirakam masih lagi utuh di sebalik dakwaan tentera India bahawa jet pejuang mereka membedil premis itu dan membunuh puluhan pejuang, baru-baru ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Arab News melaporkan, rakaman satelit oleh Planet Labs Inc merakamkan sekurang-kurangnya terdapat enam bangunan di sekolah agama itu semasa imej terbabit diambil kelmarin, enam hari selepas serangan udara tentera India.
Pendedahan imej itu sekali gus memberi tamparan kepada India yang mendakwa serangan udara pada 26 Februari lalu mengenai kesemua sasarn di tapak sekolah agama berkenaan dekat Kampung Jaba dan bandar Balakot di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. – AGENSI











