Kelayakan AFC B-23: Malaysia benam Filipina 3-0 - Utusan Malaysia

Kelayakan AFC B-23: Malaysia benam Filipina 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Laungan semangat Ultras Malaya berjaya memberi motivasi buat skuad bawah 22 tahun (B-22) negara membenamkan Filipina 3-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan J kempen Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2020 di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Kehadiran 7,606 penyokong yang menggamatkan suasana venue perlawanan ternyata memberikan aura “lain macam” kepada pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee bagi menyelesaikan tugas pertama skuad negara dengan cemerlang.

Dalam aksi tersebut, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee bermula dengan baik apabila Muhammad Akhyar Rashid mampu meledak gol pertama seawal minit keempat perlawanan sebelum jaringan keduanya terhasil pada minit ke-31.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bersambung babak kedua, kemasukan Mohamad Faisal Halim bagi menggantikan Akhyar berjaya menambah derita Filipina apabila sentuhannya mampu melengkapkan gol ketiga Malaysia pada minit ke-83 perlawanan. 

Keputusan itu meletakkan skuad Harimau Muda pada tangga kedua di belakang China meskipun berkongsi tiga mata yang sama selepas pasukan kendalian Guus Hiddink membenamkan Laos 5-0  sementara Filipina pada kedudukan ketiga dan Laos sebagai pasukan tercorot Kumpulan J. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini